Usaha pembangunan negara amat bergantung pada remaja yang bersahsiah terpuji. Jelaskan usaha yang perlu dilakukan untuk membentuk remaja yang bersahsiah mulia.

Sejak akhir-akhir ini, isu masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang sering menjadi buah mulut masyarakat. Kes pembuangan bayi, budaya hedonisme, pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah semakin meningkat dan berleluasa. Apabila hal ini berlaku, banyak pihak saling menuding jari dan bercanggah pendapat tentang faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku. Sikap negatif ini hanya akan mengeruhkan keadaan kerana pembangunan negara amat bergantung pada remaja yang mempunyai sahsiah terpuji. Sebelum nasi menjadi bubur, usaha yang pragmatik perlu dilakukan untuk membentuk remaja yang bersahsiah mulia.

Antara prakarsa yang boleh dilakukan untuk membentuk remaja yang bersahsiah mulia ialah ibu bapa yang menjadi tunggak yang paling dominan kepada anak-anak perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya. Hal ini demikian kerana didikan agama boleh menjadi perisai bagi menepis anasir yang kurang sihat dan bertindak sebagai benteng pembentukan personaliti terpuji anak-anak remaja yang masih muda dan berdarah setampuk pinang. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mengikuti kelas agama bagi meneguhkan keimanan dan berkeupayaan membezakan perkara yang baik dan buruk. Mereka akan mengetahui batas pergaulan dan kebebasan dan tidak terjebak dengan perkara negatif seperti menjadi hamba dadah yang menjadi musuh utama kepada pembangunan negara. Seandainya remaja yang diharapkan mampu menyumbang kepada usaha memajukan negara tewas dan tunduk kepada penyalahgunaan dadah, maka kerajaan kehilangan aset negara yang paling berharga, bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa seharusnya membekalkan ilmu agama kepada anak-anak remaja agar mempunyai pegangan agama yang teguh.

Selain itu, ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai suri teladan kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Dalam proses sosialisasi, ibu bapa merupakan orang pertama yang dikenali oleh anak-anak sebelum mereka melangkah ke sekolah. Semua perlakuan ibu bapa menjadi tontonan anak-anak dan mereka akan mudah dipengaruhi dengan setiap gerak-geri ibu bapa. Sebagai contoh, apabila ibu bapa mempunyai pekerti yang mulia seperti berbudi bahasa, menghormati orang tua dan bersikap ramah dalam pergaulan, maka anak-anak yang menjadi cerminan ibu bapa akan mencontohi sikap ibu bapa mereka, bak kata peribahasa bapa borek anak rintik. Ibu bapa tidak seharusnya seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul kerana anak-anak yang masih muda akan mudah keliru dan memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Profesor Atan Long mengatakan bahawa anak-anak remaja inginkan kebebasan tetapi masih memerlukan bimbingan dan sokongan kerana jiwa yang masih muda mudah rapuh dengan pengaruh yang negatif. Keramahan dan budi bahasa merupakan identiti rakyat Malaysia yang seharusnya dikekalkan bagi menggamit kedatangan pelancong ke negara ini. Sikap positif ini mampu melonjakkan sektor pelancongan sebagai sumber utama yang mampu menjana keteguhan ekonomi negara.

Seterusnya, anggota masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan remaja yang berperibadi mulia. Masyarakat perlu cakna dan mempunyai tanggungjawab sosial bagi memastikan pembentukan sahsiah remaja di negara ini tidak terganggu dengan pelbagai pengaruh negatif. Hal ini kerana masyarakat mempunyai peranan sebagai mata dan telinga dan sikap tidak menjaga tepi kain orang lain tidak lagi relevan untuk diamalkan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hanya akan merosakkan jiwa remaja yang ghairah mencuba sesuatu yang baru atas tiket kebebasan. Masyarakat perlulah menegur dan menasihati remaja yang berkelakuan menjolok mata dan tidak menepati norma-norma masyarakat yang unggul. Sebagai contoh, jika terlihat remaja yang mempunyai tingkah laku yang tidak baik seperti merosakkan kemudahan awam, masyarakat haruslah menegur mereka dengan berhemah kerana jiwa remaja mudah terusik dan suka memberontak, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berserak. Dengan prakarsa sebegini, remaja akan menyedari kesilapan mereka boleh mengundang pelbagai kepayahan kepada masyarakat. Masalah vandalisme ini sebenarnya menjadi beban kepada kerajaan kerana terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk menyediakan kemudahan dan pembaikan. Jika masalah vandalisme dapat diatasi, maka kerajaan boleh menggunakan sumber kewangan untuk memajukan sistem pendidikan bertaraf antarabangsa dan memenuhi kemahiran pendidikan abad ke-21. Oleh itu, masyarakat haruslah menegur dan menasihati jiwa remaja yang kurang memikirkan impak perbuatan mereka.

Sekolah merupakan institusi yang bertindak sebagai agen pembangunan modal insan berkualiti. Dalam hal ini, pihak sekolah haruslah memainkan peranan penting sebagai medium pembentukan sahsiah pelajar yang masih setahun jagung. Sekolah merupakan rumah kedua bagi remaja malah remaja menghabiskan masa selama lebih sebelas tahun di sekolah. Kolaboratif antara guru yang bertindak sebagai arkitek pembinaan insan dan ibu bapa menjadi wahana penting bagi mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membentuk potensi individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan akhirnya mampu menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai contoh, pihak sekolah haruslah mengaplikasikan pendekatan pembelajaran abad ke-21 seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberikan tumpuan kepada pencapaian aspirasi murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, mempunyai etika dan kerohanian dan identiti nasional. Aktiviti pembelajaran yang menarik dan penggunaan peta pemikiran melalui Program i-Think perlulah dijalankan dengan jayanya dan tidak sekadar melepaskan batuk di tangga. Remaja yang mempunyai keupayaan untuk mencapai aspirasi murid akan mampu menangkis permasalahan malah berkeupayaan untuk berdaya saing di pentas global. Potensi pelajar akan membolehkan pelajar bersikap kreatif, inovatif dan berfikiran kritis bagi menyumbang kepakaran dalam pembangunan negara. Oleh itu, fungsi sekolah sebagai pusat pembentukan individu yang berkualiti tidak boleh dinafikan dalam pembentukan sahsiah remaja yang terpuji.

Seterusnya, media massa dilihat sebagai medium paling berpengaruh dalam kehidupan remaja pada masa ini. Media massa haruslah memainkan tanggungjawab sosial dan tidak mengejar keuntungan semata-mata bagi membantu kejayaan proses pembentukan remaja yang bersahsiah mulia. Program-program yang disiarkan di media massa seharusnya boleh membantu meningkatkan jati diri remaja. Budaya hedonisme yang menggugat ketekalan remaja untuk menjadi insan yang berkualiti seharusnya tidak disiarkan di media massa kerana boleh menyebabkan remaja mengalami krisis identiti dan ketirisan masa untuk menimba ilmu. Hal ini kerana media massa dan jaringan Internet dalam dunia tanpa sempadan membolehkan maklumat boleh diakses di hujung jari. Jiwa remaja yang masih hijau mudah terpengaruh, tewas dan tenggelam dalam dunia khayalan yang boleh menjejaskan potensi remaja untuk turut sama menyumbang kepada kemajuan negara pada masa akan datang. Media massa seharusnya menjadi entiti yang dapat menyuburkan budaya positif dan mampu menyuburkan daya inteligensia anak remaja dengan kemampuan untuk berfikir secara kritis dan menjadi lebih inovatif sekali gus mampu menjadikan cabaran Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai pencipta teknologi dapat direalisasikan. Oleh itu, media massa seharusnya menjadi instrumen kepada pembentukan jiwa remaja yang bersahsiah mulia dan menggunakan potensi diri untuk membantu mengangkasakan kehebatan Malaysia di persada antarabangsa dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Natijahnya, remaja yang bersahsiah terpuji merupakan kemestian dalam mendepani arus globalisasi yang semakin pesat. Sudah terang lagi bersuluh, peranan dan kepekaan semua pihak amat ditagih bagi memastikan permata negara ini tidak hanyut dibawa arus kemodenan yang melalaikan. Usaha membangunkan negara hanya akan menjadi sia-sia sekiranya remaja yang menjadi aset negara tumpas dalam gelombang milenium ini. Prakarsa yang efektif oleh pelbagai pihak amat diperlukan bagi membangunkan jiwa remaja agar tidak mudah tunduk kepada tuntutan emosi. Sesungguhnya, kemajuan sebuah negara dan ketamadunan bangsa amat bergantung pada warganya yang bersahsiah terpuji dan mampu melayari bahtera kehidupan dalam kepantasan dan kederasan teknologi. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memastikan Malaysia maju dan visi kudsi negara dapat dicapai dengan jayanya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Peribahasa

PERIBAHASA

Peribahasa ialah ayat atau kelompok perkataan yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi maksud yang tertentu.

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya

PERIBAHASA

PEPATAH

Pepatah ialah peribahasa yang mempunyai  susunan kata yang

indah, mengandungi nasihat  atau pengajaran daripada orang tua-tua.

BIDALAN

Bidalan ialah sejenis peribahasa yang memberikan penekanan kepada perbandingan yang mengandungi pengajaran

KATA-KATA HIKMAT

Kata-kata hikmat ialah kata-kata orang bijak pandai yang mengandungi falsafah, pemikiran  dan pengajaran .

PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Pada umumnya, perumpamaan mengandungi pengajaran

SIMPULAN BAHASA CONTOH
SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya

1.       besar hati

2.       bulat hati

3.       buah tangan

4.       ringan mulut

5.       tajam akal

6.       ambil berat

PERUMPAMAAN
PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Pada umumnya, perumpamaan mengandungi pengajaran

1.       bagai cincin dengan permata

2.       bagai layang-layang putus tali

3.       bagaimana acuan begitulah  kuihnya

4.       bagai minyak dengan air

5.       bagai murai dicabut ekor

6.       bagai pucuk dilancarkan

7.       seperti  lipas kudung

PERIBAHASA
PERIBAHASA

Peribahasa ialah ayat atau kelompok perkataan yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi maksud yang tertentu.

1.     putus asa

2.     berpeluk tubuh

3.     hancur hati

4.     tali barut

5.     bagai anjing buruk kepala

6.     mencari akal

PEPATAH  
PEPATAH

Pepatah ialah peribahasa yang mempunyai  susunan kata yang indah, mengandungi nasihat  atau pengajaran daripada orang tua-tua.

1.       bagaimana acuan begitulah kuihnya

2.       baik membawa resmi padi daripada

3.       membawa resmi lalang

4.       diam-diam ubi berisi; diam-diam besi

berkarat

5.       harimau mati meninggalkan belang;

6.       manusia mati meninggalkan nama

7.       hendak seribu daya; tak hendak seribu dalih

BIDALAN
BIDALAN

Bidalan ialah sejenis peribahasa yang memberikan penekanan kepada perbandingan yang mengandungi pengajaran

1.       biar putih tulang jangan putih mata

2.       kalau kail panjang sejengkal, lautan

dalam jangan diduga

3.       kecil jangan disangka anak, besar

jangan disangka bapa

4.       nasi sudah menjadi bubur

5.       kalau tidak dipecahkan ruyung manakan

dapat sagunya

6.       manis jangan terus ditelan pahit jangan

terus dibuang

7. baik berjagung-jagung dahulu

sementara padi belum masak

8. alah bisa tegal biasa

9. indah khabar daripada rupa

10. sudah terhantuk baru terngadah

11. jauhari juga yang mengenal manikam

12. ukur baju di badan sendiri

KATA-KATA HIKMAT  
KATA-KATA HIKMAT

Kata-kata hikmat ialah kata-kata orang bijak pandai yang mengandungi falsafah, pemikiran  dan pengajaran .

1.       bersatu teguh, bercerai roboh

2.       berkatalah benar walaupun pahit

3.       kebudayaan sendi perpaduan

4.       hidup ini satu perlumbaan

5.       tangan yang menghayun buaian

mampu  menggoncang dunia

6.       muafakat membawa berkat

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Lembar Bahasa

Tatabahasa

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bahasa Jiwa Bangsa

Video | Posted on by | Leave a comment
Video | Posted on by | 2 Comments